Pages

Monday 10 November 2014

Bibliografi / Rujukan


1. Laman Web
       
       a) http://www.youtube.com/watch?v=iv0XIvnCRas
       b) http://nurarishakamisan.blogspot.com/
       c) http://www.mpkkpk.gov.my/galeri-sultan-azlan-shah
       d) http://gsas.perak.gov.my/

2. Temuramah

      a) Soleh Bin Ismail, Kurator Galeri Sultan Azlan Shah
      b) Shida Bt. Yaacob, Pegawai Teknologi Maklumat Galeri Sultan Azlan Shah
      c) Siti Masitah Sulaiman, Pembantu Muzium
      d) Mawarzini Bin Mutalib, Penolong Jurutera

Sunday 9 November 2014

Komen & Cadangan

Sepanjang menjalani latihan industri terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Berikut saya memberi serba sedikit cadangan untuk kebaikan sesebuah organisasi. Mereka haruslah menitik beratkan keselamatan dan kebajikan pelajar praktikal. Pelatih harus menyediakan tempat yang selamat sepanjang melakukan kerja-kerja penyusunan artifak yang tinggi dan berat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini kepada pelajar praktikal.

Selain itu sesebuah organisasi haruslah peka dengan kemasukan pelajar praktikal dengan kursus yang diambil supaya tidaklah ditempatkan dibahagian yang tidak berkenaan dan berkaitan dengan kursus yang diambil menyebabkan pelajar melakukan kerja yang tidak sesuai semasa menjalani latihan industri dengan kursus yang diambil.

Cadangan untuk para pelatih ialah mereka haruslah memberi tunjuk ajar tentang kerja-kerja yang hendak dilakukan bagi setiap tugasan yang diberi, dan memberi pendedahan yang mendalam tentang tugas-tugas yang ingin dibuat dari segi teknikal dan latihan.

Disamping itu juga, kemudahan tandas bangunan tidak disediakan dengan baik oleh kerana pelajar pelatih melakukan kerja dibangunan lain terpaksa turun dengan jarak yang jauh, sesebuah organisasi seharusnya menyediakan tandas yang sempurna dari segi kebersihan dan kelengkapan tandas.

Pihak pelatih juga didapati kekurangan pekerja untuk menguruskan kaunter utama. Mereka seharusnya perlu ada penambahan pekerja supaya tidak berlaku masalah-masalah seperti tidak cukup kakitangan untuk melayan kuantiti pelawat yang ramai.

Justeru, sesebuah organisasi yang menerima pelajar praktikal seharusnya perlu menitik beratkan peluang dan kepercayaan kepada pelajar praktikal untuk mengendalikan sesebuah kerja dan tugas yang diberikan dan memberi keterangan dan tunjuk ajar sebelum memberikan sesebuah tugas. Ia dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan memberi pengetahuan kepada pelajar praktikal dengan adanya cabaran-cabaran dan dapat bekerja dengan lebih komited terhadap tugas yang diberikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah Latihan Industri merupakan satu proses kaedah yang baik dimana dapat membantu pelajar dari segi kaedah praktikalnya, kerana dapat pelajar perolehi sedikit sebanyak tentang aktiviti serta tugas yang dilaksanakan justeru pelajar dapat mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan ketika menjalani Latihan Industri.

Disamping itu, Latihan Industri sangan berkesan kerana ia merupakan satu pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari selok-belok alam pekerjaan dan peka dengan tugas-tugas disekelilingnya adalah sangat baik kepada pelajar terutama dapat membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengtahuan tinggi dan dapat menangani masalah-masalah yang timbul di situasi pekerjaan yang sebenar.

Latihan Industri juga, bukan sahaja membantu saya dalam situasi pekerjaan yang sebenar malah membantu saya perbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama antara pekerja banyak memberi manfaat kepada saya tentang erti kerja berpasukan yang telah dapat membina diri saya ketika melaksanakan kerja yang baik dan memberi impak yang besar kepada saya jika dialam pekerjaan kelak.

Dalam tempoh saya menjalani Latihan Industri ini merupakan satu alternatif kepada diri saya untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam diri saya sendiri, disamping dapat memberi manfaat kepada diri saya dari segi memajukan diri dalam melakukan kerja-kerja yang diberikan ketika pekerjaan yang sebenar kelak,

Keseluruhan Latihan Industri ini, banyak memdedahkan saya dari segi praktikal dan teori daripada latihan ini dapat memberi banyak kebaikan. Justeru dengan adanya pengalaman dapat menyesuaikan saya dalam situasi pekerjaan. Dengan adanya pekerja-pekerja yang bersikap ceria dan perihatin kepada setiap kerja-kerja yang dilakukan serta mereka rajin dan mencenderungkan diri saya sendiri untuk menjadi seperti mereka,

Bersyukur hendaknya kerana saya telah dapat menjalani Latihan Industri ini di Galeri Sultan Azlan Shah, jutaan terima kasih kepada seluruh warga Galeri Sultan Azlan Shah kerana banyak membantu dalam menjalankan tugas dan tunjuk ajar yang mereka berikan serta berkongsi ilmu pngetahuan dan mencurahkan kepada saya, secara langsung atau tidak langsung yang telah memberi manfaan yang besar kepada saya.

Laporan Teknikal 4

Saya telah diberi tugas untuk membuat satu sistem ringkas mengenai rekod kedatangan pelawat di Galeri Sultan Azlan Shah menggunakan microsoft basic. Berikut saya berikan perincian mengenai sistem tersebut. 

pertama sekali saya telah paparkan form 1 dimana jika pengguna ingin menggunakan sistem ini ia akan memaparkan satu interface yang mempunyai tiga butang utama iaitu butang "register", butang "report" dan butang "cancel".


Tujuan butang "register" adalah untuk membuat pendaftaran pelawat. Seterusnya di butang ini akan dipapar kan dua lagi butang iaitu "Individu" dan juga "Group". Pengguna harus memilih sama ada pelawat yang datang adalah berseorangan ataupun berkumpulan.



Jika pengguna menekat butang "individu" ia akan memaparkan satu form dimana pengguna harus mengisi butiran-butiran pelawan dan hendaklah menyimpan maklumat tersebut yang telah disambungkan pada microsoft office access untuk memudahkan pengguna menyemak.


Seterusnya pengguna haruslah menekan butang "Payment" untuk membuat penggiraan dan pembayaran.


Maka begitulah untuk mendaftarkan pelawat yang datang berseorangan atau berkeluarga, Begitu juga dengan pelawat yang datang berkumpulan hendaklah pengguna menetakan butang "Group".
Seterusnya jika pengguna menekan butang "Report" pada form 1 ia akan memaparkan dua butang iaitu butang untuk menyemak maklumat "individu" ataupun "group".


Jadi pengguna perlu memilih samada ingin menyemak pelawat berseorangan ataupun berkumpulan. Berikut saya paparkan contoh laporan individu.
Di sini pengguna juga boleh membuat pencarian dengan menaip di ruang yang disediakan dan menekan butang "search" ataupun mahu mencari semula dengan menekan butang "reset".
Di sini juga saya telah menyambungkan data-data tersebut ke microsoft office access bagi memudahkan pengguna untuk mencetak ataupun menyemak.



Laporan Teknikal 3

Seterusnya saya telah diberi tugas untuk menjadi admin pada sistem e-direktori dan diminta membuat satu pembentangan untuk mengajar pengguna cara untuk menggunakan sistem e-direktori ini dengan betul. Berikut saya nyatakan laporan kerja saya.






Laporan Teknikal 2

Saya juga telah melakukan kerja menyusun barang artifak. Tujuan barang ini disusun adalah untuk memudahkan pencarian apabila barang tersebut perlu di keluarkan semula pada masa akan datang. Ia juga menjimatkan masa dan juga memudahkan kerja pencarian dan menampakkan lebih bersistematik.

Barang artifak di bilik simpanan artifak


Proses penyusunan

Seterusnya setelah selesai menyusun artifak-artifak tersebut saya perlu menandakan barang tersebut pada borang senarai penerimaan untuk menandakan barang tersebut masih ada dan tidak rosak.


Laporan Teknikal 1

Sepanjang 20 minggu saya berada di Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) saya telah melakukan kerja-kerja merekod barang artifak, menyusun barang artifak, mendaftar barang artifak dan juga membuat ringkas mengenai rekod kedatangan pelawat.


Merekod Barang artifak


Borang simpanan deposit GSAS

Kemudian saya perlu menulis semula maklumat-maklumat tersebut pada borang baru iaitu borang Senarai Penerimaan Artifak. Disini saya perlu lengkapkan bersama no. penerimaan, perkara, jenis, ukuran, sumber, tarikh penerimaan dan juga catatan.


Borang senarai penerimaan artifak

Seterusnya saya perlu membuat kerja-kerja mengukur barang artifak dan ditugaskan mentagging barang tersebut menggunakan pelekat dan pita pengukur.

Mentagging barang


Mengukur barang

Dan akhir sekali ia perlu dicatatkan pada borang senarai penerimaan pada ruang yang telah disediakan.

Friday 31 October 2014

Praktikal Minggu Ke DuaPuluh (3 nov - 7 nov)

Assalamualaikum..
Minggu ke 20 ialah minggu terakhir saya menjalani latihan industri di GSAS. Pada minggu ini saya telah diberikan tugas untuk mengambil gambar-gambar artifak untuk dimasukkan kedalam laporan. selain itu juga saya telah menjadi pembantu juruteknikal untuk memasang sistem audio pada majlis yang akan berlangsung.







Seterusnya saya juga telah menujukkan laporan ringkas tersebut kepada kurator untuk dinilai. Tugasan terakhir saya ialah mengiringi lawatan dari SPA Malaysia dan mengikuti lawatan tersebut ke seluruh kawasan galeri.

Praktikal Minggu Ke SembilanBelas (27 okt - 31 okt)

Assalamualaikum..
     Kini telah masuk minggu ke 19 saya menjalani latihan industri di GSAS. Saya telah diberi tuga untuk membuat nombor-nombor bagi acara caburan bertuah yang akan diadakan semasa majlis yang dianjurkan oleh galeri. 

     Selain itu juga saya telah mendesign sistem ringkas saya agar menjadi lebih menarik untuk para pengguna. Saya mengubah warna pada setiap form kerana ia akan menceriakan lagi sistem tersebut.

    Seterusnya saya juga telah membuat persiapan cenderahati untuk event Kayuhan Warisan untuk diberikan kepada peserta dan juga pelajar yang mengambil bahagian.

       




Praktikal Minggu Ke LapanBelas (20 okt - 24 okt)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 18 saya menjalani latihan industri di GSAS. Saya telah ditugaskan untuk membuat satu sistem ringkas  mengenai rekod kedatangan pelawat. Selain itu juga saya telah mempelajari cara-cara menyambungkan microsoft visual basic dengan microsoft office access. Di sini saya boleh memudahkan lagi pengguna sistem untuk menyemak rekod.

Seterusnya saya juga telah membuat laporan ringkas dan perlu dihantar kepada kurator kerana beliau hendak menyemak laporan dan ingin mengetahu kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang berada di GSAS.




Praktikal Minggu Ke TujuhBelas (13 okt - 17 okt)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 17 saya menjalani latihan industri di GSAS. Pada minggu ini saya telah ditugaskan untuk mencari maklumat dan keterangn mengenai microsoft word. Saya juga diarahkan untuk mengemas stor simpanan barang kerana stor tersebut telah diubah suai.

Saya juga telah mengiringi lawatan daripada PDRM Pulai Pinang. Selain itu, saya telah diminta mencari logo galeri dan memuat turun gambar tersebut untuk dimasukkan kedalam laporan. Saya juga telah disuruh membuat carta organisasi untuk galeri kerana terdapat ramai pekerja baru di sini dan sudah lama tidak dikemas kini carta organisasinya.

Praktikal Minggu Ke Enambelas (6 okt - 10 okt)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 16 saya menjalani latihan industri di GSAS. Pada minggu ini saya telah diberi tugas untuk memperbetulkan caption yang salah kemudian saya juga diarahkan untuk mencetak dan memilih gambar lawatan untuk di tunjuk dan ditempalkan pada laporan ringkas.

Selain itu, saya juga telah emngiringi lawatan dari Sekolah Rendah Muzwin. Saya telah mengetuai sepanjang lawatan ini diadakan dan memberi sedikit maklumat mengenai galeri pada guru dan juga pelajar.

Saya juga telah diarahkan untuk mengubahsuai gambar untuk diletakkan kedalam sistem,saya diminta mengedit gambar agak kelihatan lebih jelas dan cantik.

Praktikal Minggu Ke Limabelas (29 sept -3 okt)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 15 saya menjalani latihan industri di GSAS. Saya telah diberi tugas untuk menyambung kerja men'tagging' atau menanda setiap barang yang dijumpai dengan tahun penerimaan.

Seterusnya, saya juga diminta menghadiri sebuah mesyuarat mengenai majlis atau event yang akan dianjurkan oleh galeri tidak lama lagi. Dan seterusnya saya menyambung kerja menulis semula senarai penerimaan artifak.

Praktikal Minggu Ke Empatbelas (22 sept - 26 sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 14 saya menjalani latihan industri di GSAS. Pada minggu ini saya telah diberi tugas untuk membuat perbincangan sistem bersama pegawai teknologi maklumat. Saya telah berbincang dengan beliau mengenai maslah yang dihadapinya disini.

Selain itu juga saya telah diminta menulis keterangan barang artifak pada borang Senarai Penerimaan Artifak. Saya harus menulis caption tersebut mengikut format yang betul bermula dari nama, tempat dan tarikh penerimaan barang.

Seterusnya, saya telah lanjutkan perbincangan saya untuk memilih unutk menggunakan aplikasi visual basic bagi sistem ringkas saya.

Saya juga telah menyambung kerja-kerja mengukur artifak di seluruh kawasan galeri dan mencatatnya pada borang senarai penerimaan.

Praktikal Minggu Ke Tigabelas (15 sept - 19 sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 13 saya menjalani latihan industri di GSAS. Pada minggu ini saya telah diberi tugas  untuk menulis semula keterangan barang pada borang senarai penerimaan baru. ini adalah kerana ia perlu ditulis semula agar nampak lebih kemas dan cantik.

Selain itu saya juga diminta menjaga kaunter utama galeri untuk merasai pengalaman bagaimana bekerja dengan pelawat yang perlu mendaftarkan nama mereka pada buku rekod kehadiran pelawat.


Disamping itu, saya juga telah membuat kerja-kerja penyusunan album pada bilik simpanan album, dimana saya juga harus menyusun setiap album mengikut tarikh gambar itu ditangkap dan di albumkan.

Praktikal Minggu Ke Duabelas (8 sept - 12 sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 12 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugas yang diberikan pada minggu ini ialah menjadi juru pandu dan pemantau dari Kem Perpaduan 1 Malaysia (Tarian) Peringkat Kebangsaan seramai 230 orang.

Seterusnya saya juga telah terima lawatan daripada pensyarah pemantau. Selain itu, saya telah diberi tugas membuat kerja-kerja fotostat borang senarai penerimaan artifak. Saya telah diajarkan cara menggunakan mesin fotostet dengan betul.

Akhir sekali saya telah mengiringi dan menjadi juru pandu pada lawatan daripada sekolah Al-Furqan. Kami telah diberi tugas untuk menganjurkan sebuah permainan yang berkaitan dengan galeri kepada pelajar-pelajar tersebut.


Praktikal Minggu Ke Sebelas (1 sept - 5 sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 11 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugas yang diberikan pada minggu ini ialah pendaftaran koleksi artifak. Berikut adalah prosedur yang tepat untuk pendaftaran barang artifak.

  1. dapatkan Senarai Penerimaan dalam bilik simpanan.
  2. Tentukan objek yang perlu didaftarkan.
  3. Arah pembantu Am Pejabat keluarkan objek dalam pelbagai sudut untuk tujuan kenal pasti objek.
  4. Ambil gambar objek dalam pelbagai sudut untuk tujuan kenal pasti objek.
  5. Sediakan tag berdasarkan nombor Senarai Penerimaan.
  6. Setelah selesai proses mengambil gambar, pembantu am pejabat.
  7. Pindah maklumat di dalam senarai penerimaan ke dalam Borang Inventori Berkomputer
  8. Kemaskini maklumat inventori berdasarkan butiran berikut :

           -No. Inventori
         - Tarikh penerimaan
         -  Perkara
         - Sumber
         - Hak milik
         - Keterangan

9. Cetak satu salinan borang inventori dan hantar borang untuk semakan dan pengesahan kurator /          Penolong kurator
          

Praktikal Minggu Ke Sepuluh (25 ogos - 29 ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 10 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugas yang diberikan pada minggu ini ialah mentagging barang artifak mengikut tahun penerimaan. 

Selain itu saya juga diarahkan untuk menginstall satu perisian yang bernama jcreator. Saya juga telah mengikuti peraturan dan cara-cara untuk menginstall jcreator tersebut.




Tugas seterusnya ialah saya telah mengiringi satu lawatan dari pada pelajar uitm Dungun. Saya telah memberi sedikit taklimat ringkas dan "brifieng" kepada plajar-pelajar tersebut. Saya juga telah menjadi juru cakap sepanjang lawatan tersebut.

Praktikal Minggu Ke Sembilan (18 ogos - 22 ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 9 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugasan yang diberikan pada minggu ini ialah membuat penyemakan tiket dan juga nombor siri tiket. Tujuan penyemakan ini ialah untuk memastikan nombor siri tiket adalah selari dan mengikut turutan dan memastikan tiada nombor yang hilang.



Seterusnya saya telah menyambung tugas mendaftarkan barang artifak sehingga tahun penerimaan 2006. selain itu say juga diarahkan membuat kerja pengukuran barang artifak. Ini adalah kerana saya perlu memasukkan saiz dan ukuran barang tersebut kedalam sistem regals.



Praktikal Minggu Ke Lapan ( 11 ogos -15 ogos )

Assalamualaikum.
Kini telah masuk minggu ke 8 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugas yang telah diberikan pada minggu ini ialah menyusun album gambar di bilik simpanan album. Tujuan saya menyusun album ini adalah untuk mengelakkan dari pada mengalami tarikh penerimaan yang bercanggah. Penyusunan album ini juga perlu untuk memudahkan pencarian album pada masa akan datang dan membuatkan kerja pencarian lebih teratur.

Tugas seterusnya saya telah menyambung kerja-kerja mengemaskini data gambar dan juga pendaftaran barang artifak sehingga tahun penerimaan 2003. Selain itu saya juga ditugaskan untuk cek tarikh penerimaan dan juga gambar.




Praktikal Minggu Ke Tujuh (4 ogos - 8 ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 7 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugas yang diberi ialah menyusun artifak-artifak yang ada untuk diletakkan pada bilik simpanan artifak. Saya diarahkan menyusun artifak-artifak tersebut mengikut tahun diterima di galeri.

Tugas seterusnya ialah saya telah mengemaskini data. Saya telah membuat satu semakan untuk membuang mana-mana data yang salah dan data yang tidak diperlukan lagi.

Seterusnya saya dan rakan lain telah dibei kesempatan untuk meniringi lawatan dari vip iaitu mengiringi kedatangan mantan perdana menteri Thailand dan juga ahli-ahli parlimen luar negara.





Praktikal Minggu Ke Enam (28 jul - 1 ogos)

Assalamualaikum..
Pada minggu ke 6 ini saya telah diberi cuti sempena hari raya aidilfitri selama satu minggu. ^^

Praktikal Minggu Ke Lima (21 jul -25 jul)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 5 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugasan yang diberikan pada saya ialah menyambung kerja mendaftar barang artifak yg bermula dari barang tahun 1893. 

Seterusnya saya ditugaskan untuk mencari barang artifak tersebut diseluruh kawasan galeri untuk memastikan artifak tersebut masih elok dan cantik untuk dikenal pasti dan didaftarkan pada sistem. 

Saya juga telah membuat penambahan maklumat pada sistem regals dan juga membuat pendaftaran tambahan.

Praktikal Minggu Ke Empat (14 jul -18 jul)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk 4 minggu saya menjalani praktikal di GSAS. Tugasan yang telah diberikan pada minggu ini ialah membuat kerja pencucian dibahagian aras atas iaitu di bahagian perkahwinan Sultan Nazrin. 

Selain itu saya ditugaskan untuk menjaga kaunter utama untuk mendidik diri menjadi seorang yang boleh berhadapan dengan pengunjung-pengunjung yg datang.

Tugas seterusnya ialah saya dikehendaki membuat kerja pendaftaran barang artifak. Saya ditugaskan untuk memasukkan segala maklumat mengenai barang artifak tersebut mengikut format yang dikehendaki iaitu bermula dgn nama,tempat dan juga tarikh. Saya diarahkan menggunakan sistem regals tersebut.

Praktikal Minggu Ke Tiga (7 jul -11 jul)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 3 saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugasan untuk minggu ini ialah saya telah di berikan tugas untuk melakukan krja memasukkan data atau "key-in" data pada sistem REGALS dimana saya perlu mendaftar segala barang yg ada pada galeri terutama pada bahagian gambar-gambar.

Selain itu saya juga telah diberi tugas menyusun artifak yang terdapat di dalam bilik simpanan artifak. Disini adalah dimana semua barang artifak di simpan yang tidak dipamirkan lagi. Saya di tugaskan untuk menyusunnya mengikut tahun diterima.




Tugas seterusnya ialah saya di arahkan untuk membuat "cek list" ataupun menyemak senarai barang pameran dan kemudian akan di tanda pada borang sebagai tanda untuk membuktikan barang artifak tersebut tidak hilang atau tidak wujud.

Praktikal Minggu Ke Dua (30 jun - 4 jul)

Assalamualaikum.. 
Kini telah masuk 2 minggu saya menjalani latihan industri di GSAS. Tugasan yang telah diberi ialah saya telah ditugaskan membuat kerja-kerja pembersihan barang-barang artifak. minggu ini kami di arah untuk membersih di aras atas bangunan utama Galeri Sultan Azlan Shah. Terdapat banyak bahagian seperti bahagian kehakiman, bahagian hoki, badminton dan sukan-sukan lain,bahagian olimpik, bahagian agong dan banyak lagi.

Seterusnya saya telah menyambung kerja-kerja mengemaskini senarai nama-nama pegawai di sistem e-Direktori kerana sistem tersebut sudah lama tidak dikemaskini.

Tugas lain ialah saya dan rakan telah menjalani satu ujian dimana kami di uji oleh kurator untuk melihat bagai mana kami mengguruskan sesebuah lawatan dan cara percakapan dengan orang ramai dengan betul dan cara memberi "briefing" kepada pelawat.


Praktikal Minggu Pertama (23 jun - 27 jun)

Assalamualaikum..
Pada minggu pertama, mereka telah memberi penerangan dan pengenalan bagaimana cara mereka menjalankan tugas. Di sini mereka melaksanakan amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan ceria. Amalan ini juga meningkatkan motivasi dan memperkukuhkan amalan kerjasama serta budaya kerja positif dan berkualiti serta membentuk dan mempamerkan imej organisasi yang lebih efisyen dan produktif.


Tugasan yang di berikan adalah mendesign logo baru e-Direktori. Saya telah bekerjasama dengan pegawai teknologi maklumat untuk mereka dan menukar logo baru e-Direktori ke logo baru untuk di muatnaik pada laman web e-Direktori. Kami menggunakan adorb photoshop untuk mereka logo tersebut.







Tugasan seterusnya saya serta rakan lain telah diberi tugas untuk menjaga kaunter utama yang terletak pada bangunan galeri utama Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS). Selain itu, saya telah diberi tugas untuk mengiringi lawatan tapak bagi syarikat yang datang untuk menukar kontrak pada galeri.

Carta Organisasi

Pengurusan Galeri Sultan Azlan Shah





Carta Organisasi Galeri Sultan Azlan Shah



Thursday 30 October 2014

Hala Tuju Organisasi, Piagam Pelanggan, Objektif, Polisi Pentadbiran

     Halatuju Organisasi


 Galeri Sultan Azlan Shah mempunyai halatuju yang tersendiri . Halatuju ini termaktub dalam Visi dan Misi.

    Visi
           
           “Untuk Menjadikan Sebuah Galeri Diraja Yang Terunggul.”

             Misi


  1.  Untuk memperolehi, menyimpan , memelihara dan mempamer rekod dan artifak kepunyaan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah dan kesultanan Perak.
  2. Untuk memperkasakan insitusi diraja.
  3.  Untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang peranan institusi kesultanan Perak.

  Piagam Pelanggan

1.    Kami memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra dalam        tugas-tugas berikut:

2.    Mengadakan pameran sejarah, budaya dan warisan Kesultanan     Perak sekurang-kurangnya  tiga kali setahun.

3.    Memberi bantuan khidmat rujukan kepada lebih 50 orang penyelidik setahun.

4.    Menyediakan kemudahan asas dan persekitaran bersih, selesa dan memastikan  keselamatan pelawat, bangunan dan harta benda.

5.    Menjawab pertanyaan pelanggan dalam tempoh tujuh hari berkerja.

Objektif

a) Mengesan, memperolehi dan memelihara bahan dan rekod DYMM Sultan Azlan Shah dan yang berkaitan sebagai sebuah himpunan yang lengkap dan tepat bagi seorang Sultan yang berdaulat.
b)  Menjalankan kajian dan penyelidikan untuk melengkapkan maklumat mengenai Kesultanan Negeri perak.
c) Menyebarkan maklumat yang lengkap dan tepat kepada orang ramai melalui penyediaan pameran tetap dan sementara supaya rakyat dapat mengenali dengan lebih dekat Kesultanan Perak yang berdaulat
-----------------------------

Polisi Pentadbiran

“ Pentadbiran SUK Perak akan melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan berkesan. Pihak Pejabat SUK Perak adalah komited dalam melaksanakan polisi kualiti ini bagi memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan dan orang ramai.”

Peranan Dan Tugasan

(a)        Kurator

1.     Mengurus pengurusan koleksi.

2.     Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pengumpulan maklumat  serta bahan-bahan koleksi mengenai DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan perkara-perkara berkaitan.

3.     Menyediakan pameran tetap, sementara berkala dan khas.

4.     Menerima lawatan orang kenamaan.

5.     Membantu menyediakan kertas kerja dan membantu menjalankan kursus, ceramah, bengkel dan lain-lain aktiviti.

6.     Menguruskan perancangan kawalan suhu dan kelembapan.

7.     Mengurus pentadbiran.

8.     Mengurus kewangan.

9.     Mengurus mesyuarat jabatan.

10.                       Menyediakan laporan Jabatan.

11.                       Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.



       b)       Pembantu Kurator



1.     Membantu mengurus pengurusan koleksi.

2.     Membantu menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pengumpulan maklumat serta bahan-bahan koleksi mengenai DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan perkara perkara berkaitan.

3.     Membantu menyediakan pameran tetap, sementara berkala dan khas.

4.     Membantu menerima lawatan orang kenamaan.

5.     Membantu menyediakan kertas kerja dan membantu menjalankan kursus, ceramah, bengkel dan lain-lain aktiviti.

6.     Membantu menguruskan perancangan kawalan suhu dan kelembapan.

7.     Membantu mengurus pentadbiran.

8.     Membantu mengurus kewangan.

9.     Membantu mengurus mesyuarat jabatan.

10.                       Membantu menyediakan laporan Jabatan.

11.                       Tugas-tugaslain yang diarahkan dari masa ke semasa.

   
    (c)       Pembantu Muzium


1.     Menjalankan kerja-kerja pembersihan artifak.

2.     Menjalankan kerja-kerja pengurusan koleksi yang seperti penerimaan i, pendaftaran, pemeliharaan dan pemuliharaan dan pinjaman.

3.     Membantu menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pengumpulan maklumat serta bahan-bahan koleksi mengenai DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan perkara-perkaraberkaitan.

4.     Membantu mengurus penyediaan pameran tetap, sementara berkala dan khas.

5.     Memberi taklimat dan lawatan berpandu.

6.     Membantu menjalankan tugas sebagai jurufoto.

7.     Membantu menyediakan analisis-analisis data bagi prosedur-prosedur pengurusan koleksi.

8.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.


   (d)      Pembantu Tadbir

1.     Membantu menguruskan fail pejabat, surat-menyurat dan rekod pentadbiran.

2.     Membantu menguruskan jualan dan kutipan tiket.

3.     Membantu menguruskan bekalan pejabat.

4.     Membantu menguruskan cuti pegawai dan kakitangan.

5.     Membantu menguruskan tuntutan elaun kerja lebih masa dan elaun perjalanan rasmi bagi pegawai dan kakitangan.

6.     Membantu menyediakan pesanan kerajaan.

7.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.


   (e)       Penolong Jurutera


1.     Membantu menjaga kawalan bekalan elektrik kepada semua bahagian bangunan Galeri.

2.     Memastikan semua peralatan elektrik berfungsi dengan baik.

3.     Memastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan menggantikannya jika rosak.

4.     Memastikan pam air berfungsi dengan baik dan baiki jika terdapat sebarang kerosakan.

5.     Memastikan sistem generator berfungsi dan bekalan minyak untuk sistem generator mencukupi.

6.     Memastikan lif berfungsi dan baik jika terdapat kerosakan.

7.     Memastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.

8.     Memastikan bekalan air disalurkan kesetiap bahagian bangunan Galeri.

9.     Membantu menjalankan Prosedur Kawalan Suhu dan Kelembapan.

10.                       Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa


 (f)  Pembantu Muzium


1.     Menjalankan kerja-kerja pembersihan artifak.

2.     Menjalankan kerja-kerja pengurusan koleksi seperti penerimaan, pendaftaran, pemeliharaan dan pemuliharaan dan pinjaman.

3.     Membantu menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pengumpulan maklumat serta bahan-bahan koleksi mengenai DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan perkara-perkara berkaitan.

4.     Membantu mengurus penyediaan pameran tetap, sementara berkala dan khas.

5.     Memberi taklimat dan lawatan berpandu.

6.     Membantu menyediakan analisis-analisis data bagi prosedur-prosedur pengurusan koleksi.

7.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.


(g)       Pembantu Operasi


1.     Membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan artifak.

2.     Membantu menjalankan kerja-kerja pengurusan koleksi seperti penerimaan, pendaftaran, pemeliharaan dan pemuliharaan dan pinjaman.

3.     Membantu Kurator / Penolong Kurator menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pengumpulan maklumat serta bahan-bahan koleks imengenai DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan perkara-perkara berkaitan.

4.     Membantu Kurator / Penolong Kurator untuk penyediaan pameran tetap, sementara berkala dan khas.

5.     Membantu member taklimat dan lawatan berpandu.

6.     Membantu menjalankan jualan dan kutipan tiket.

7.     Menjalankan tugas sebagai pemandu kenderaan jabatan.

8.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.



 (h)       Pembantu Awam


1.     Menyeliakerja-kerja memotong dan menyapu rumput dan menjaga pokok-pokok yang ditanam di kawasan Galeri.

2.     Menyelia kerja-kerja menanam dan menyiram pokok-pokok bunga oleh pihak kontraktor yang telah dilantik.

3.     Memastikan tiada sampah / daun-daun kering di persekitaran landskap dan parkir Galeri.

4.     Menyemai pokok bunga, menjaga semaian dan tapak semaian.

5.     Menyelia pencucian kolam serta memastikan bekalan air di kolam mencukupi.

6.     Memastikan tandas awam dan tandas kakitangan dalam keadaan bersih.

7.     Memastikan bilik mesyuarat, bilik setor dan kaki lima bangunan pejabat dan Galeri sentiasa dalam keadaan bersih.


8.     Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

(i)          Teknologi Maklumat


1.                 Menguruskan Bahagian Teknologi Maklumat bukan sahaja di galeri tapi di seluruh muzium negeri Perak.

2.                 Menjadi admin Laman web Muzium Perak.

3.                 Menjadi admin Lawan web Galeri Sultan Azlan Shah.

4.                 Menguruskan sistem-sistem yang terdapat di muzium dan galeri.

5.                 Ditugaskan untuk pemperbaharui dan pengubah suai sistem.


(j)    Unit Landskap


1.     Menentukan trend dan corak landskap kawasan sekitar GaleriSultan Azlan Shah. Teratur terancang, terkawal dan bersistematik bagi menjamin mutu kehidupan warga GSAS selesa, harmon dan sejahtera.

2.     Menjadikan galeri sebagai kawasan yang cantik dan menarik. Antara aktiviti utama dalam unit ini ialah menanam pelbagai jenis pokok, melakukan cantasan dahan pokok agar kelihatan menarik dan lain-lain lagi.

3.     Kempen menanam pokok teduhan dan bunga pada setiap tahun sebagaimana saranan Kerajaan Negeri Perak.

4.     Memberi perkhidmatan pembersihan longkang.


   (k) Unit Pembersihan


1.     Memberi perkhidmatan pembersihan / pengutipan sampah.

2.     Memberi perkhidmatan pembersihan longkang.

3.     Memberi perkhidmatan pengindahan kawasan.


4.     Memberi perkhidmatan membersih di dalam bangunan galeri.