Pages

Thursday 30 October 2014

Hala Tuju Organisasi, Piagam Pelanggan, Objektif, Polisi Pentadbiran

     Halatuju Organisasi


 Galeri Sultan Azlan Shah mempunyai halatuju yang tersendiri . Halatuju ini termaktub dalam Visi dan Misi.

    Visi
           
           “Untuk Menjadikan Sebuah Galeri Diraja Yang Terunggul.”

             Misi


  1.  Untuk memperolehi, menyimpan , memelihara dan mempamer rekod dan artifak kepunyaan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah dan kesultanan Perak.
  2. Untuk memperkasakan insitusi diraja.
  3.  Untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang peranan institusi kesultanan Perak.

  Piagam Pelanggan

1.    Kami memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra dalam        tugas-tugas berikut:

2.    Mengadakan pameran sejarah, budaya dan warisan Kesultanan     Perak sekurang-kurangnya  tiga kali setahun.

3.    Memberi bantuan khidmat rujukan kepada lebih 50 orang penyelidik setahun.

4.    Menyediakan kemudahan asas dan persekitaran bersih, selesa dan memastikan  keselamatan pelawat, bangunan dan harta benda.

5.    Menjawab pertanyaan pelanggan dalam tempoh tujuh hari berkerja.

Objektif

a) Mengesan, memperolehi dan memelihara bahan dan rekod DYMM Sultan Azlan Shah dan yang berkaitan sebagai sebuah himpunan yang lengkap dan tepat bagi seorang Sultan yang berdaulat.
b)  Menjalankan kajian dan penyelidikan untuk melengkapkan maklumat mengenai Kesultanan Negeri perak.
c) Menyebarkan maklumat yang lengkap dan tepat kepada orang ramai melalui penyediaan pameran tetap dan sementara supaya rakyat dapat mengenali dengan lebih dekat Kesultanan Perak yang berdaulat
-----------------------------

Polisi Pentadbiran

“ Pentadbiran SUK Perak akan melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan berkesan. Pihak Pejabat SUK Perak adalah komited dalam melaksanakan polisi kualiti ini bagi memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan dan orang ramai.”

No comments:

Post a Comment