Pages

Sunday 9 November 2014

Laporan Teknikal 4

Saya telah diberi tugas untuk membuat satu sistem ringkas mengenai rekod kedatangan pelawat di Galeri Sultan Azlan Shah menggunakan microsoft basic. Berikut saya berikan perincian mengenai sistem tersebut. 

pertama sekali saya telah paparkan form 1 dimana jika pengguna ingin menggunakan sistem ini ia akan memaparkan satu interface yang mempunyai tiga butang utama iaitu butang "register", butang "report" dan butang "cancel".


Tujuan butang "register" adalah untuk membuat pendaftaran pelawat. Seterusnya di butang ini akan dipapar kan dua lagi butang iaitu "Individu" dan juga "Group". Pengguna harus memilih sama ada pelawat yang datang adalah berseorangan ataupun berkumpulan.



Jika pengguna menekat butang "individu" ia akan memaparkan satu form dimana pengguna harus mengisi butiran-butiran pelawan dan hendaklah menyimpan maklumat tersebut yang telah disambungkan pada microsoft office access untuk memudahkan pengguna menyemak.


Seterusnya pengguna haruslah menekan butang "Payment" untuk membuat penggiraan dan pembayaran.


Maka begitulah untuk mendaftarkan pelawat yang datang berseorangan atau berkeluarga, Begitu juga dengan pelawat yang datang berkumpulan hendaklah pengguna menetakan butang "Group".
Seterusnya jika pengguna menekan butang "Report" pada form 1 ia akan memaparkan dua butang iaitu butang untuk menyemak maklumat "individu" ataupun "group".


Jadi pengguna perlu memilih samada ingin menyemak pelawat berseorangan ataupun berkumpulan. Berikut saya paparkan contoh laporan individu.
Di sini pengguna juga boleh membuat pencarian dengan menaip di ruang yang disediakan dan menekan butang "search" ataupun mahu mencari semula dengan menekan butang "reset".
Di sini juga saya telah menyambungkan data-data tersebut ke microsoft office access bagi memudahkan pengguna untuk mencetak ataupun menyemak.



No comments:

Post a Comment