Pages

Sunday 9 November 2014

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah Latihan Industri merupakan satu proses kaedah yang baik dimana dapat membantu pelajar dari segi kaedah praktikalnya, kerana dapat pelajar perolehi sedikit sebanyak tentang aktiviti serta tugas yang dilaksanakan justeru pelajar dapat mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan ketika menjalani Latihan Industri.

Disamping itu, Latihan Industri sangan berkesan kerana ia merupakan satu pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari selok-belok alam pekerjaan dan peka dengan tugas-tugas disekelilingnya adalah sangat baik kepada pelajar terutama dapat membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengtahuan tinggi dan dapat menangani masalah-masalah yang timbul di situasi pekerjaan yang sebenar.

Latihan Industri juga, bukan sahaja membantu saya dalam situasi pekerjaan yang sebenar malah membantu saya perbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama antara pekerja banyak memberi manfaat kepada saya tentang erti kerja berpasukan yang telah dapat membina diri saya ketika melaksanakan kerja yang baik dan memberi impak yang besar kepada saya jika dialam pekerjaan kelak.

Dalam tempoh saya menjalani Latihan Industri ini merupakan satu alternatif kepada diri saya untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam diri saya sendiri, disamping dapat memberi manfaat kepada diri saya dari segi memajukan diri dalam melakukan kerja-kerja yang diberikan ketika pekerjaan yang sebenar kelak,

Keseluruhan Latihan Industri ini, banyak memdedahkan saya dari segi praktikal dan teori daripada latihan ini dapat memberi banyak kebaikan. Justeru dengan adanya pengalaman dapat menyesuaikan saya dalam situasi pekerjaan. Dengan adanya pekerja-pekerja yang bersikap ceria dan perihatin kepada setiap kerja-kerja yang dilakukan serta mereka rajin dan mencenderungkan diri saya sendiri untuk menjadi seperti mereka,

Bersyukur hendaknya kerana saya telah dapat menjalani Latihan Industri ini di Galeri Sultan Azlan Shah, jutaan terima kasih kepada seluruh warga Galeri Sultan Azlan Shah kerana banyak membantu dalam menjalankan tugas dan tunjuk ajar yang mereka berikan serta berkongsi ilmu pngetahuan dan mencurahkan kepada saya, secara langsung atau tidak langsung yang telah memberi manfaan yang besar kepada saya.

No comments:

Post a Comment