Pages

Friday, 31 October 2014

Praktikal Minggu Pertama (23 jun - 27 jun)

Assalamualaikum..
Pada minggu pertama, mereka telah memberi penerangan dan pengenalan bagaimana cara mereka menjalankan tugas. Di sini mereka melaksanakan amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan ceria. Amalan ini juga meningkatkan motivasi dan memperkukuhkan amalan kerjasama serta budaya kerja positif dan berkualiti serta membentuk dan mempamerkan imej organisasi yang lebih efisyen dan produktif.


Tugasan yang di berikan adalah mendesign logo baru e-Direktori. Saya telah bekerjasama dengan pegawai teknologi maklumat untuk mereka dan menukar logo baru e-Direktori ke logo baru untuk di muatnaik pada laman web e-Direktori. Kami menggunakan adorb photoshop untuk mereka logo tersebut.







Tugasan seterusnya saya serta rakan lain telah diberi tugas untuk menjaga kaunter utama yang terletak pada bangunan galeri utama Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS). Selain itu, saya telah diberi tugas untuk mengiringi lawatan tapak bagi syarikat yang datang untuk menukar kontrak pada galeri.

No comments:

Post a Comment