DEDIKASI
Segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan kehadiran Illahi di atas limpah kurniaNya kepada kita. Dengan izin dan rahmatNya maka lahirlah sebuah laporan industri hasil kerja saya sepanjang saya menjalani latihan industri di Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS), Kuala Kangsar, Perak. Dengan adanya laporan latihan industri ini, maka pihak-pihak berkenaan dapat mengetahui serba sedikit hal-hal yang berkaitan tentang Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) ini serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh saya sepanjang menjalankan latihan industri.
Penghargaan ikhlas ini ditujukan kepada keluarga
tersayang terutama buat mak dan ayah yang sentiasa memberi semangat dan
rangsangan pada diri ini walau di dalam susah mahupun senang. Jutaan terima
kasih ditujukan juga kepada pegawai-pegawai yang menguruskan latihan industri
saya, para pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu, menolong, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya.
Tidak lupa juga kepada semua kakitangan di
semua unit di Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) yang tidak jemu-jemu memberi saya
tunjuk ajar yang banyak manfaatnya kepada saya suatu hari nanti.
Diharapkan laporan latihan industri ini dapat
memberi sedikit sebanyak panduan serta ilmu yang berguna untuk masa yang akan
datang.
-----------------------------------------------
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah Puan Nor Jannati Bt. Ibrahim selaku pengarah seluruh negeri Perak kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di sana bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Pliteknik Balik Pulau, dan tidak lupa juga kepada Encik Soleh Bin Ismail selaku kurator yang menguruskan segalanya dan memberi dorongan di sepanjang saya menjalankan latihan industri di Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) ini selama temboh 5 bulan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pekerja serta staf-staf Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) yang banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri di sana. Tanpa bantuan dari mereka smua, tidak mungkin saya akan mempelajari banyak benda baru, pengetahuan yang mendalam, serta kerjasama yang diperoleh dari mereka semua sebagai rujukan dan pertanyaan dalam sesuatu maslah yang saya alami didalam saya menjalankan latihan industri di Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) tersebut.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Balik Pulau terutama pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna disepanjang saya menjalankan latihan industri di Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) tersebut.
---------------------------------------
-----------------------------------------------
PENGHARGAAN

Pengenalan
Latihan Industri merupakan satu
komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT).
Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi
mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga
diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan
Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta. Tempoh yang ditetapkan kepada
pelajar-pelajar untuk menjalani Latihan Industri di sesebuah firma ialah selama
enam bulan.
Izinkan saya guna untuk dibuat rujukan ya..terima kasih :)
ReplyDelete