Pengenalan Latihan Industri
Latihan Industri merupakan komponen utama dalam kurikulum
Pembelajaran di Politeknik pelajar diwajibkan menjalani latihan Industri
dan disyaratkan lulus latihan sebelum diperakukan untuk
penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik PBU. Dalam Latihan
Industri, Pelajar akan juga di tempatkan di jabatan kerajaan atau firma
swasta selama satu semesta bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan yang sebenar serta dapat berbeza dari suasana
belajar.
Sepanjang semasa pelajar menjalani latihan Industri ini, Pelajar akan
berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang belum ditempuhi. Oleh
itu, Pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk
menjalani latihan industri ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan
selama menjalani Latihan Industri, Pelajar akan dapat membina
keyakinan diri menjadi lebih berani dan tabah dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba pengetahuan dan
juga pengalaman. Pelajar boleh merujuk dan pengalaman tersebut
sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah ke alam pekerjaan
sebenar kelak.
Justeru latihan industri dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk
mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai
satu pengalaman jika di alam pekerjaan yang sebenar dan membentuk
personaliti diri yang baik. Dengan adanya penerangan dari unik latihan
industri dapat menjalani latihan industri dengan baik dan lancar, dan
dapat menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai rujukan tentang
tugas yang dilaksanakan.
Pendahuluan
Latihan Industri adalah proses penempatan pelajar di mana – mana
organisasi Bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang
sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di PBU
diwajibkan menjalani latihan Industri selama satu semester.
Merupakan satu alternatif kepada para pelajar untuk belajar dan
memahami cara bekerja dan disamping mendapat pengalaman dalam
bidang kursus yang diambil di politeknik. Dimana pelajar akan
dilatihkan untuk melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan di tempat
latihan industri.
Objektif Latihan Industri
a.Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,
amanah, Berkeyakinan bertanggungjawab.
b.Boleh berkomunikasi dengan berkesan.
c.Mengamalkan etika & Peraturan kerja yang baik.
d.Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang
telah dipelajari.
e.Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
f.Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama
pekerja.
g.Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
h.Dapat menanam sikap ingin tahu dan minat semasa latihan.
Objektif Laporan Latihan Industri
Objektif laporan latihan industri adalah yang dibuat untuk mendedahkan
dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang apa yang dapat
di pelajari semasa menjalani latihan industri. Tujuan laporan latihan
industri ini dibuat adalah untuk melibatkan bahawa pelajar yang
berkenaan telah mengikuti dan menjalani latihan industri yang telah
ditetapkan.
Laporan latihan industri ini juga dapat mengesahkan bahawanya pelajar
benar-benar telah menjalani latihan industri dan juga melakukan kerja-
kerja yang diarahkan dan ia merupakan catatan laporan penting setiap
kerja yang dijalankan seperti mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang tempoh latihan.
Antara objektif latihan industri ialah memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai amalan-amalan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar
dan mengaitkan teori-teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah sebelum
mereka menamatkan pengajian mengikut pengkhususan dalam bidang
masing-masing.
Selain daripada itu, Latihan industri juga menanamkan semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik antara sesama pekerja disamping
menanam sifat amanah bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi
terhadap pekerjaan yang dilakukan dan juga dapat mewujudkan kerja
berpasukan dengan pekerja yang lain.
Kepentingan Latihan Industri
Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan
kepada pelajar tentang suasana yang sebenar sebelum melangkah ke
alam pekerjaan yang sebenarnya, Pendedahan awal seperti menjalani
latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar. Selain dapat
memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran
sehingga tamat dan memperolehi diploma.
Pelajar juga akan diterapkan untuk melibatkan diri secara langsung
dalam pelbagai aspek pekerjaan seperti konsep perancangan,
pengurusan, dan kerja-kerja luar yang memerlukan kefahaman,
pengalaman dan kesediaan diri kerana pelajar-pelajar bakal melangkah
ke alam pekerjaan kelak, Dimana pelajar perlu diberi latihan untuk
menghadapi alam pekerjaan sebenar.
Setelah menjalani latihan industri, Pelajar akan lebih yakin dan
mengetahui persekitaran kerja yang dilalui dapat membantu pelajar
untuk lebih berpengalaman mengenai kehidupan yang sebenar.
Disamping itu juga, Ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai struktur organisasi dan firma berkaitan dengan peranan dan
tangungjawab dalam organisasi.
Latihan industri juga amat penting kepada para pelajar yang telah
menjalani latihan industri kerana diberi pendedahan dan pengenalan
tentang pelbagai aspek. Justeru dapat memberi semangat
bekerja tentang sesebuah kerja yang dilaksanakan sebelum ini.
Dengan cara ini akan dapat menambahkan pengalaman dan
Pengetahuan yang mendalam.
Latar Belakang Organisasi Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan Shah, sebuah galeri yang indah dan menarik senibinanya dibangunkan setaraf galeri yang terdapat di luar negara. Ini dizahirkan semula dari cetusan pemikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbudin Shah atas perkenan untuk dijadikan pengetahuan umum akan laluan perjalanan hidup Baginda
Beberapa strategi dan aktiviti-aktiviti telah disusun dan dibentuk supaya pentadbiran Galeri Sultan Azlan Shah dapat menjalankan tanggungjawabnya bagi mencapai matlamat dengan mewujudkan satu corak masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan bersefahaman tinggal di dalam kawasan bandar.
Dan juga menggerakkan pembangunan ekonomi dan social masyarakat tempatan di dalam Daerah Kuala Kangsar. Dengan mewujudkan sebuah pentadbiran yang berwibawa dan cekap untuk memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan penduduk-penduduk bandar dan kawasan sekitarnya.
Pengenalan Organisasi
Galeri Sultan Azlan Shah senonim dengan nama Istana Kota
yang tersegam indah lagi terkenal dengan keindahan alam
semula jadi,dan suasana yang menarik.
Dan juga Galeri Sultan Azlan Shah di urus tadbir oleh Pengarah
Muzium-Muzium Negeri Perak selaku ketua Kurator dan di bantu oleh
penolong-penolong Kurator Galeri Sultan Azlan Shah. Kini Galeri
Sultan Azlan Shah mempunyai seramai 16 orang kakitangan (13
kakitangan tetap) dan (3 kakitangan kontrak).
Mempunyai bahagian utama dengan menjalankan fungsi dan
tanggungjawab yang diberikan untuk melancarkan lagi urusan
pentadbiran pejabat seperti bahagian berikut. Seperti sistem pejabat
yang telah diuruskan di pelbagai Jabatan bahagian unit seperti di
Jabatan khidmat pengurusan, Bahagian pentadbiran, Bahagian
sumber manusia dan Bahagian teknologi maklumat.
.
Bahagian-bahagian ini diwujudkan untuk mempermudahkan
Pengurusan galeri Selain itu masala- masalah pelawat dapat
ditanggani dengan mudah dan cepat.
Latar Belakang Penubuhan Organisasi
Nama Organisasi : GALERI SULTAN AZLAN SHAH
.
Alamat : Galeri Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan ,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Laman Web : gsas.perak.gov.my
No. Tel : 05-777 5362
Fax :
Url : http://gsas.perak.gov.my/index.php/my/
Aktiviti Organisasi Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan Shah ialah salah satu bangunan bersejarah
yang bertangungjawab memberi pengenalan kepada pendatang
yang ingin mengenali salah silah keluarga Almarhum Sultan Perak
dan juga mengenali adat Perak dengan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment